Aktivis alam sekitar Hutan_tropika

Rogelio A Maduro melaporkan pada 5 Julai 1992, 8 orang pencinta alam menyerang dan merampas beberapa bot penarik balak dan kren di Sarawak sebagai membantah kegiatan membalak. Sungguhpun Malaysia menjadi sasaran utama ,kumpulan pencinta alam itu dengan jelas menyatakan bahawa Indonesia akan menjadi sasaran berikutnya ,diakhiri dengan Brazil dan India, negara yang terlalu kuat untuk dicabar.

Kecaman terhadap industri pembalakan Malaysia pada 5 Julai 1992 dijalankan dengan penuh terancang oleh pencinta alam Britain yang diterbangkan dari sebuah pusat operasi yang dipanggil Rainforest Information Centre di Australia .Pencinta alam itu kebanyakannya ahli kumpulan Earth First.

Kerajaan bertindak cepat dengan menahan mereka tetapi enggan bertindak tegas kerana hanya akan memburukkan persidangan alam sekitar yang diadakan pada September 1992 .Kelapan-lapan pencinta alam yang ditahan di Malaysia ialah :

  1. Anja Light dari Pusat Maklumat Hutan Tropika Sweden
  2. Angie Zelter dari Pertubuhan Earth First , United Kingdom
  3. Garsten Huettche dari Robin Wood, Jerman
  4. Jake Kreilick dari Earth First, Amerika Syarikat
  5. Deborah Witkin seorang anggota bebas dari Amerika Syarikat
  6. Ralf Schmitt dari Robin Wood, Jerman
  7. Nancy Rolfe dari Earth First,Australia

Pencinta alam itu membuat sekatan ke atas kapal membawa balak di Nantes, Peranchis,kepungan di pelabuhan Bremen, Jerman , tunjuk perasaan di mesyuarat Kumpulan Tujuh Negara Perindustrian (G-7) di London dan di Kedutaan Malaysia di The Hague dan London.

Tindakan mereka itu berterusan sehingga 7 Oktober 1992 yang disytiharkan sebagai Hari Tindakan Antarabangsa bagi suku kaum Penan.